Wednesday, July 30, 2008

NASI BERIANI KARAM

BAHAN UTAMA :-)
2 keping dada ayam saiz besar, potong sederhana besar, cuci dan toskan
1 cawan susu sejat + 1 cawan air
150 g minyak sapi
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
2 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
1/2 cawan sos tomato
2 biji cili hijau*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
40 g kacang gajus*
30 g kismis*(*dikisar halus)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
2 camca besar penuh, rempah beriani

BAHAN-BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kismis
50 g kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
3/4 cawan hirisan daun ketumbar
Secubit koma2*
1/3 cawan susu sejat, dipanaskan*(*dicampur)
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. LANGKAH PERTAMA :- Panaskan minyak sapi dalam kuali, hingga cair. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris, bahan tumis, serai dan 1 helai daun pandan. Bila harum, masukkan bahan2 kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang susu sejat dan tambah garam secukup rasa (dalam 1 camca teh, kalau kurang boleh tambah lagi), kecilkan api dan masak hingga ayam masak dan kuah pekat, biar kering sedikit. Ketepikan.
  3. LANGKAH KEDUA :- Didihkan air (biar byk sedikit), masukkan daun panda. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 - 6 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.
  4. LANGKAH KETIGA :- Sedikan periuk nasi elektrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 bahagian nasi tadi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, 1 helai daun pandan dan sudukan bancuhan susu dan koma2 ke beberapa bahagian nasi. Tambah 1/3 bahagian nasi lagi dan lakukan kaedah yang sama.
  5. LANGKAH TERAKHIR :- Untuk lapisan terakhir tabur bahan2 lebihan dan tanak sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker elektrik. Gemburkan nasi dan boleh hidangkan. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang....
http://tiffinbiru.blogspot.com/

ICING

from mamafami

ICING
Sumber : Chef Norzailina

Bahan-bahan :

125g krimwell
125g mentega
100g susu pekat
40g gula icing
1 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :

Putar semua bahan-bahan di atas hingga gebu, kembang dan putih. Sedia digunakan.

Sunday, June 22, 2008

resepi bahulu..

bahan-bahannya...

Baulu (resepi 1)

14 biji(A)/840 gm telur

800 gm gula pasir(dijemur-akak x jemur pun)

460 gm tepung gandum(dijemur-akak x jemur pun)

minyak(utk glis acuan)

Cara:

Telur dipukul bersama gula hingga kembang.Kemudian masuk tepung gaul hingga sebati.Panaskan acuan dan sapu dengan minyak masukkan bancuhan dan bakar hingga masak.

Note:

Acuan kena betul-betul panas kalau tidak nanti melekat.


Baulu (resepi 2)

15 biji(A)/900 gm telur

750gm gula pasir

700 gm tepung gandum

minyak

Cara sama macam diatas.

Wednesday, April 23, 2008

KUIH TEPUNG KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN;

tepung kacang hijau
santan
gula melaka
gula pasir
secubit garam
tahi minyak

caranya;

a] tepung kacang hijau bancuh + santan +gula melaka + gula pasir + garam..
gaul rata di dalam periuk ..letak daun pandan biar wangi..
b] tenggekkan atas api ,kacau hingga pekat[mcm buat puding jagung]..
c] masukkan dlm loyang, tekan-tekankan biar padat..pastu taburkan tahi minyak
dan biarkan sejuk.

CARA MEMBUAT TAHI MINYAK;

satu biji kelapa -diambil santannya sahaja [ santan pekat]
kemudian masukkan dlm kuali, kacau hingga keluar tahi dan minyak..
kemudian asingkan tahi dan angkat..

minyak boleh sapu kat kepala biar berjambul ya eheheeh...

Wednesday, September 26, 2007

KUIH TALAM

1 cawan sagu rendang
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
sedikit garam
1 sudu tepung beras
1 sudu tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
pewarna
1/2 cawan kelapa parut

CARA MEMBUATNYA::

A)santan pekat ,gula , daun pandan , masak didlm periuk hingga mendidih..

~ tepung beras , tepung ubi , tepung gandum ,telur dan pewarna ..
kacau hingga sebati bersama 1 cawan santan atau air..(didlm mangkuk)

~ bila santan sudah mendidih , tuangkan kedlm bahan yg dikacau hingga
sebati didlm mangkuk tadi...(kacau lagi)

B) sagu rendang direndam atau dibasuh hingga kembang (5-10 minit)
kemudian toskan..

~ gaulkan , sagu rendang + kelapa parut + sedikit garam...
masukkan kedalam loyang [tekan-tekan hingga padat]dan kukus (10-15 minit)

C)kemudian ..tuangkan bahan (A) kadalam loyang yg dikukus tadi(B)..
dan kukus lagi hingga (15-30 minit)


% kuih ini 2 lapis , (A) bahagian atas (B) bahagian bawah...

BINGKA JAGUNG

3 1/2 Tepung gandum
2 cawan gula
4 biji telur
3 cawan santan
3 cawan air
1 tin jagung
pewarna kuning



BISKUT MAZOLA

1 mangkuk kacang tanah
3/4 gula halus
1 mangkuk tepung gandum
1 biji telur
minyak mazola secukupnya

Wednesday, June 13, 2007

KEK CHIFFON/SIFON

BAHAN-BAHAN

4 kuning telur
115 ml air
85 ml minyak sayuran
1/4 sudu teh garam
100 g gula
150 g tepung
1 sudu teh serbuk penaik



B)

4 putih telur
90 g gula
1/8 sudu teh cream of tartar


cara membuatnya...

1. Tuangkuning telur, gula dan minyak sayuran ke dlm mangkuk pengadun
2. Tambah baki bahan2 ramuan di (A) kedlm mangkuk
3. Adun(A) hingga tida berbintil-bintil. ketepikan sebentar
4. Pukul putih telurdi(B) sehingga lembut dan kembang. tambah gula dan krim tartar.
pukul hingga pekat.
5. Adun (A) dan (B) sehingga sebati.
BAKAR PADA SUHU 175 'C
SELAMA 40 MINIT
segera balikkan bila dikeluarkan drpd ketuhar.biarkan ia sejuk.....
bila kek sudah sejuk,keluarkan drpd acuan...