Thursday, August 28, 2008

FASTEST CHEESE CAKE

Bahan-bahan :
500gm philadelphia cream cheese (2 ketul lah tuuu... )
1 cawan susu segar
1 cawan gula putih ( Rinn guna 3/4 cup castor sugar)
2 sudu besar tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
4 biji telur
1/2 biji buah lemon yang warna kuning tuu..., perah jusnya

* Cheese cake ini tanpa base tapi Rinn bubuh juga base biskut oreo...***Patutlah tak jadi "Fastest" sebab dah curi masa sediakan base nya..

Cara-cara:
**Base biskut oreo
1 packet panjang biskut oreo dikisar halus. Cairkan 60gm butter dan gaulkan. Tekan dalam loyang 22cm or 23cm dan sejukkan dalam petisejuk.

1. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel.
2. Putar cream cheese hingga kembang. Masukkan gula, susu, jus lemon dan tepung jagung. Terus putar sampai kembang.
3. Masukkan telur satu persatu. Selepas telur yang ke 4, putar lagi selama 7 minit.
4. Tuang adunan ke atas base biskut oreo.
5. Bakar secara water bath selama 1jam atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. Sejukkan dlm petiais selama 3jam - 4jam.
7. Hias ikut citarasa. Hidangkan.

Wednesday, August 13, 2008

krim

Aising Krim Mentega 1
Bahan-bahan :
250 gm mentega Buttercup
250 gm majerin krimwell
250 gm gula aising
2 sudu besar air susu

Cara Membuatnya :
1. Satukan mentega dan krimwell dan pukul kelajuan maksima sehingga kembang dan ringan.
2. Ayak gula aising dan masukkan ke dalam adunan diatas bersama air susu.
3. Pukul lagi hingga gebu dan ringan.

Tip : Mentega hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 30 minit sebelum digunakan.Mentega dan krimwell hendaklah dipukul hingga light and fluffy (gebu dan ringan) baru masukkan gula.Jika ia tidak cukup gebu,aising akan mudah cair dan lembik.

Aising Krim Mentega 2
Bahan-bahan :
250 gm mentega
250 gm krimwell
250 gm susu krimer manis @ sirap gula (glucose syrup)
1/2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Satukan mentega dan krimwell dan pukul kelajuan tinggi hingga gebu dan ringan selama 15 minit.
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu krimer manis atau sirap gula. Masukkan esen vanila.Pukul lagi kelajuan sederhana selama 5 minit hingga gebu dan rata.

Tip:
Aising ini cukup untuk menyalut dan menghias kek berukuran 9 inci. Krim yang berlebihan boleh disimpan dalam petisejuk selama 3 bulan. Untuk digunakan semula,keluarkan dari peti sejuk agar ia lembut dan kacau atau pukul semula.Sirap gula boleh dibeli di kedai menjual bahan kek. Aising yang telah siap boleh diwarnakan dan ditambahkan perisa seperti oren, pandan, mocca dan sebagainya.

Chocolate Cream
Bahan-bahan :

750 gm coklat masakan, dicincang
175 gm mentega, dilembutkan
90 gm kuning telur
225 gm telur (seluruh)

Cara membuatnya :

1. Cairkan coklat secara double-boiler dan masukkan mentega. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk pengadun dan tuangkan coklat cair.Putar dengan kelajuan sederhana hingga ringan dan berkerim.
3. Biarkan sebentar supaya krim agak pekat.Kemudian bolehlah digunakan untuk membuat bunga ataupun membuat hiasan tepi kek.

kuih lopes

Resepi : Kuih Lopes

Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan (kisar)
1 st air kapur
garam skit
pewarna hijau

Cara-cara :
Rendam beras pulut dgn air selama 3jam & masukkan juga air kapur & pewarna hijau. Toskan dan sejat kering. Masuk dlm loyang kukus selama 20minit. Lepas tu masukkan santan & air daun pandan, kukus lagi selama 30minit. Dah siap masukkan dalam bekas (4segi senang nk potong) yg dah dialas dgn plastik/daun pisang. Tekan2 ngan plastik/daun pisang biar padat, biarkan sejuk kemudian blh lah dipotong ikut shape yg kita suka.Pastu golek2 kan dalam kelapa parut yg dah letak skit ngan garam.
Untuk air gula, masukkan air, gula merah & gula kaster dalam periuk, masak lar selama sejam atau hingga likat. Agak2 lar air & gula merah tu,takda sukatan semua main campak2 jek nih

http://arinaathirah.fotopages.com/

buttercream

buttercream coco - resepi asal wilton yang sudah diubai suai ikut tekak kita ya
125 gm shortening
125 gm butter
3/4 cawan serbuk coco
3 cawan gula icing
1 st esen vanila
3 st susu pekat manis...

caranya :
- pukul shortening, butter dan gula - sebati
- masukkan serbuk coco - pukul lagi
- masukkan gula - pukul
- masukkan vanila + susu pekat manis - pukul hingga sebati
- simpan dlm bekas kedap udara

from merpati66